DIDIK ANAK SEJAK KECIL FAHAM IDENTITI SABAH – YVONNE

ALBUM: Yvonne bersama tetamu dan kanak-kanak yang hadir dalam sambutan berkenaan.

LAHAD DATU: Memupuk kesedaran mengenai identiti dan hak sejak usia muda penting bagi memastikan rakyat Sabah benar-benar memahami kedudukan negeri ini dalam Persekutuan Malaysia.

Pengerusi penganjur Sambutan Hari Sabah, Yvonne Yong, berkata usaha itu perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak kerana mereka adalah pewaris masa depan yang akan membentuk hala tuju negeri.

“Aktiviti seperti ini bukan sekadar hiburan, tetapi berfungsi sebagai proses pemupukan budaya. Melalui penyertaan, kanak-kanak menyerap pelajaran tentang sejarah, budaya dan erti kebersamaan.

“Apabila identiti dipupuk dengan betul, ia melahirkan keyakinan diri, memperkukuh perpaduan dan menjadi asas kemajuan sosial,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan berkenaan, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Yvonne turut mengingatkan masyarakat bahawa perkembangan kanak-kanak tidak boleh diserahkan hanya kepada keluarga, sebaliknya memerlukan penjagaan seluruh komuniti.

Beliau merujuk kepada tragedi menimpa pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, sebagai amaran jelas terhadap bahaya sikap berdiam diri dan tidak peduli.

“Kita mesti berani berkata tidak kepada buli dan keganasan. Setiap orang ada peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat, penuh hormat dan kasih sayang buat anak-anak kita,” katanya.

Sambutan Hari Sabah anjuran Parti Maju Sabah (SAPP) itu diserikan dengan pertandingan mewarna untuk murid sekolah rendah, perarakan mini, persembahan pakaian tradisional, pertandingan kostum kreatif dan persembahan pentas.

Kanak-kanak yang hadir juga menerima beg sekolah sebagai cenderahati, menambahkan lagi suasana kemeriahan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …