USAHA MEMARTABATKAN SENI, BUDAYA DAN BAHASA TEMPATAN DI SOKONG PENUH

TAHNIAH: Joniston menyampaikan anugerah juara keseluruhan kepada Lyron Felix pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha murni untuk memartabatkan seni, budaya dan bahasa tempatan seperti program Anugerah Lagu SABAHVfm.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dengan adanya program-program sebegini, bakat-bakat baharu akan terus dicungkil dan industri muzik etnik Sabah akan terus bersinar.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan upacara Anugerah Lagu SABAHVfm 2025 di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, kerajaan negeri komited untuk bekerjasama dengan RTM Sabah dan agensi lain pada masa hadapan bagi memastikan lebih banyak program berimpak tinggi seperti ini dapat dilaksanakan.

“Kita akan terus berusaha untuk menyediakan sokongan yang diperlukan agar industri seni dan budaya di Sabah terus berkembang pesat,” katanya.

Hajiji menyatakan bahawa program Anugerah Lagu SABAHVfm juga selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melihat industri muzik tempatan terus berkembang maju.

Katanya, program itu juga mencerminkan komitmen RTM Sabah dalam mendekati masyarakat serta menggalakkan penghasilan karya seni baharu yang berkualiti tinggi.

“Anugerah Lagu SABAHVfm ini amat signifikan kerana ia menyediakan platform untuk lagu-lagu etnik Sabah diketengahkan bukan sahaja di peringkat negeri, malah ke peringkat global menerusi platform seperti Aplikasi RTM Klik dan laman Facebook RTM Sabah serta SABAHVfm.

“Ini adalah satu langkah proaktif yang harus dicontohi. Program seperti ini membuka peluang kepada para pengiat seni, khususnya pencipta lagu-lagu etnik, untuk mengembangkan bakat dan karya mereka.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri menyokong dan menggalakkan para penggiat seni tempatan untuk menghasilkan lebih banyak lagu baharu dalam bahasa etnik Sabah.

“Lagu-lagu dan muzik etnik ini bukan sekadar gubahan melodi dan lirik, tetapi turut mencerminkan sejarah serta budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, lagu dan muzik etnik Sabah mesti terus disokong oleh masyarakat, khususnya generasi muda, bagi menyemarakkan semangat untuk memartabat dan memelihara muzik etnik negeri ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua finalis yang telah berjaya ke peringkat akhir.

“Kehadiran anda semua di sini adalah bukti komitmen dan kecintaan terhadap muzik etnik Sabah. Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada kemajuan muzik etnik Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut