PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di Jalan Rompin bersebelahan ladang kelapa sawit di sini. Lokasinya yang agak tersorok dan dipagar dengan kepingan zink menyebabkan ia sukar dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun kewujudannya disedari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir ketika beliau membuat rondaan keadaan jalan raya di situ pada 21 Jun lalu. Beliau kemudiannya berhubung dengan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDT) bagi mendapatkan kepastian dan dimaklumkan ia dibina di tanah rizab kerajaan tanpa mendapat kelulusan.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jempol telah pun mengeluarkan notis bertarikh 24 Jun meminta pihak tersebut merobohkan atau menghentikan pembinaan di lokasi tersebut. Bagaimanapun, tinjauan beliau mendapati, struktur berkenaan masih ada di situ, malah kelihatan bekas berisi makanan anjing sekali gus menunjukkan ‘projek haram’ itu masih diteruskan.

Beliau menggesa PDT mengambil tindakan segera dan jika tiada tindakan diambil dalam tempoh 14 hari, beliau bersama  penduduk kampung akan merobohkan tempat ini.  Pembinaan pusat tersebut menimbulkan kebimbangan penduduk sekitar berhubung risiko penyakit rabies, pencemaran bau serta pembuangan najis haiwan tersebut. Pihaknya bukan membenci haiwan tetapi tidak mahu timbulnya masalah disebabkan wujud pusat penempatan anjing liar di situ. Banyak lagi kawasan lain boleh dijadikan pusat perlindungan, bukan di kawasan rizab kerajaan yang berdekatan dengan penempatan penduduk. Jika nak buat pusat perlindungan, carilah tanah persendirian yang lebih sesuai tanpa menganggu kesejahteraan penduduk setempat dan bukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang.

Pembinaan pusat perlindungan anjing liar itu  tidak pernah mendapat sokongan mana-mana wakil rakyat mahupun kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKT). Sementara itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Rompin, Norizan Othman, pihaknya membantah pembinaan pusat penempatan anjing liar tersebut kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa penduduk.

Masalah anjing liar ini bukan saja berlaku di kawasan taman-taman perumahan, tapi juga di kawasan kampung dan ia boleh mengundang isu keselamatan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …