WRUR: 20 PENJAJA DISANTUNI, TERIMA LESEN PERNIAGAAN MBMB

Sungai Udang – Seramai 20 penjaja kecil di kawasan Taman Terendak Permai, di sini, menerima lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu diambil selepas mendapati rata-rata peniaga di kawasan itu menjalankan perniagaan selama bertahun-tahun tanpa lesen.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Sungai Udang memaklumkan, pada masa sama MBMB juga akan bertindak menyelaraskan kedudukan penjaja di kawasan itu bagi memastikan perniagaan yang dijalankan selamat dan tidak menimbulkan kacau ganggu.

“Antara usaha yang diambil adalah melantik Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Terendak Permai selaku penganjur yang menyelaraskan kedudukan penjaja di kawasan itu.

“Walaupun Melaka merupakan negeri mesra peniaga, namun kebanjiran penjaja bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini juga perlu ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari.

“Jadi kita beri suntikan semangat dengan memberi lesen kepada mereka namun mereka perlu mengikut syarat seperti mengambil suntikan typhoid serta beberapa syarat lain yang dikenakan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Lesen Penjaja Sempena WRUR Sungai Udang di Taman Terendak Permai, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Rais berkata, usaha yang dilakukan MBMB itu diharap dapat menjadikan tapak penjaja di kawasan itu lebih tersusun dan selamat.

Malah, katanya, inisiatif itu juga akan diperluaskan di kawasan-kawasan lain di bawah kawasan pentadbiran MBMB.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …