PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di sini belum menunjukkan perkembangan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat.

Pembeli yang mahu dikenali sebagai Zahirah, 60, mendakwa, rumah tersebut dijanjikan siap dalam tempoh dua tahun selepas dia menandatangani perjanjian jual beli (S&P) rumah pada 2023 namun hingga kini fasa penyiapan projek itu masih kurang 50 peratus.

Menurutnya, projek yang gagal disiapkan pada waktu ditetapkan itu juga telah menyebabkan pembeli terutama dirinya dihimpit masalah penempatan dan bebanan komitmen bank.

Kelewatan penyiapan projek menyebabkan saya perlu menanggung sewa rumah RM1,500 sebulan dan pada masa sama sudah mula membayar ansuran rumah kepada bank sebanyak RM1,200 sejak empat bulan lalu. Beliau agak kecewa kerana telah bayar deposit sebanyak RM150,000 untuk membeli rumah ini, malah turut dijanjikan rumah ini boleh siap dalam tempoh hanya beberapa bulan tapi pemerhatian saya mendapati tiada pergerakan projek sejak Ogos tahun lalu.

Peniaga itu memaklumkan, telah beberapa kali mendapatkan maklum balas di pejabat pemaju juga melalui emel, namun pemaju didakwa memberi jawapan selamat iaitu sedang dalam proses penyiapan. Mereka mewakili pembeli menuntut hak kerana tiada maklum balas meyakinkan daripada pemaju. Mereka juga hendak bertanya bila rumah baharu ini boleh disiapkan?

Pembeli kini berada dalam keadaan agak tertekan. Saya sendiri sekarang tiada rumah untuk diduduki kerana rumah lama sudah dijual. Rumah sewa yang diduduki sekarang pula perlu dikosongkan kerana pemilik mahu menjualnya.

Seorang lagi pembeli mahu dikenali sebagai Mohd Nawi, 30-an berkata, walaupun kerja pembinaan telah disambung semula sejak hujung Mac lalu namun mendakwa kemajuan yang ditunjukkan amat perlahan dan tidak selari dengan jangkaan mereka.

Pemaju maklumkan tarikh baharu siap menjelang Mac 2026 tapi melihat perkembangan projek yang bergerak tidak sampai 10 peratus, kami bimbang ia tidak dapat disiapkan seperti tarikh dijanjikan.

Projek ini telah pun mendapat perhatian dan campur tangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin dan berharap ada perkembangan positif dan pemaju dapat menyegerakan penyiapan projek ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA PADA 7 JUN 2025 (SABTU) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1446H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Marilah kita …
Maklumat Lanjut

SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga …
Maklumat Lanjut

ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan) …
Maklumat Lanjut