MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) yang berasaskan teknologi hijau di negeri ini.

Kesungguhan Kerajaan Negeri untuk mencapai hasrat itu diterjemahkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Perbadanan Melaka (MCORP) dan World Economic Council (WEC) bagi mempromosikan pembangunan GTP di tapak seluas 196.7 hektar.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, GTP akan membawa pelabur melibatkan syarikat Jerman termasuk konglomerat besar serta perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Ab Rauf, yakin Melaka bakal menerima pelaburan daripada Jerman dalam masa terdekat berdasarkan kejayaan syarikat-syarikat besar negara itu yang telah bertapak di negeri ini sejak lebih 50 tahun.

Mengulas lanjut berhubung perkembangan positif itu Ab Rauf berkata, keupayaan Melaka mengurus pelaburan jangka panjang menjadikan negeri ini lokasi strategik yang dipercayai oleh pelabur luar.

“GTP ini berasaskan tenaga mampan dengan menggalakan penggunaan teknologi hijau, segala prasarana telah disediakan termasuk kerjasama pemilik tanah bagi menyokong pembangunan ini.

“Saya berharap Melaka mampu mencapai sasaran pelaburan melebihi RM10 bilion (sasaran menjelang 2030) dengan kedatangan syarikat Jerman untuk bertapak di GTP nanti,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pertukaran MoU antara MCORP dan WEC di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidirah Abu Zahar, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan negeri.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar dan Pengerusi WEC, Peter Nussbaum.

Menurut Ab Rauf, setakat ini semua kelulusan teknikal telah diperoleh Kerajaan Negeri dan pelabur boleh terus memulakan kerja pembangunan di tapak GTP.

“Kita telah membuka ruang dan kehadiran WEC hari ini, menunjukkan keyakinan mereka terhadap Melaka. Sekarang mana-mana syarikat yang telah bersetuju untuk datang ke Melaka sudah boleh memulakan kerja-kerja pembangunan kerana kelulusan telah diperolehi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut