SPRM AKAN PANGGIL SEMULA LAPAN ADUN, ALBERT TEI KEMUKA BEBERAPA DOKUMEN DIKEHENDAKI

CENDERAHATI: Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Mugutan Vanar menyampaikan cenderahati kepada Azam.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kesemua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk pemberi maklumat berkenaan video dakwaan skandal rasuah membabitkan berkaitan isu pelesenan lombong mineral dikenali Albert Tei.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, panggilan terbabit adalah bagi memastikan kesemua pihak dipanggil itu membantu melengkapkan siasatan.

“Saya mengarahkan pegawai saya untuk memanggil balik kesemua pihak termasuk Albert bagi mengemukakan semua dokumen dikehendaki dan memastikan kesahihan dakwaan beliau sebelum ini.

“Lapan ADUN terlibat juga akan dipanggil dan memainkan rakaman video di depan mereka bagi memperjelaskan apa sebenarnya yang berlaku atau maklumat lain.

“Kita menyambut saranan dari pelbagai pihak termasuk peguam yang mahukan kita siasat perkara ini bagi mengetengahkan kandungannya (video), apa yang berlaku di dalam itu, adakah wang diberi ini adalah rasuah atau tidak.

“Mungkin berlaku transaksi mungkin tidak berlaku atau tidak, saya turun balik kepada peguam siasat saya, ini semua persoalan-persoalan yang perlu diperjelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Sabah di sini.

Terdahulu, Azam memaklumkan masih menunggu keputusan analisis terhadap 10 video yang sudah dihantar kepada Makmal Forensik SPRM yang mempunyai pengiktirafan Jabatan Standard Malaysia dan kepakaran dalam bidang ini.

Beliau berkata, daripada analisis yang dibuat, hasil laporan menunjukkan video terbabit adalah tidak tulen dan banyak berlaku suntingan.

“Pegawai makmal forensik memaklumkan berlaku banyak pecahan pada ‘frame’ video itu menunjukkan berlaku suntingan.

“Dalam kita menjalankan siasatan kita mengambil kira perkara ini, maka ia tidak boleh digunakan sebagai keterangan menyebabkan tiada sebarang pengesahan dan tidak tahu siapa yang benar, sama ada Albert atau ADUN,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut