𝗚𝗨𝗥𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Polis menahan dua lelaki, selepas seorang daripada mereka membuat ancaman bom palsu di Kaunter Daftar Masuk, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam pada 11 Mac 2025, apabila suspek lelaki tempatan berusia 64 tahun secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom. Kenyataan itu menyebabkan langkah keselamatan segera diambil oleh pihak lapangan terbang. Pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada bahan berbahaya dijumpai.

Bagaimanapun, pihak polis tetap menahan kedua-dua lelaki itu untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mahkamah membenarkan reman selama empat hari sehingga 15 Mac 2025.

Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat gurauan atau kenyataan berunsur ancaman di tempat awam, khususnya di lokasi sensitif seperti lapangan terbang.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …