PESARA DITAHAN SPRM BUAT TUNTUTAN PALSU

KARUNANITHY

KOTA KINABALU: Seorang pesara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

Suspek lelaki yang berusia 60an itu ditahan kira-kira jam 9.45 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.

Sumber memaklumkan, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit sekitar Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Selain itu, suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek hari ini.

Menurutnya, SPRM menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 14 Mac ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …