BOM KEDUA DIJUMPAI DI KINARUT BERJAYA DIMUSNAHKAN

PAPAR: Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) yang masih aktif itu dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat bermula 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi kerja-kerja letupan dilakukan. Sebelum pemusnahan bom dijalankan, pihak polis memaklumkan kepada pelbagai agensi terlibat termasuk Jabatan Alam Sekitar.

“Selepas selesai kerja meletupkan bom, pasukan Ketua Polis Balai Kinarut bergerak mendapatkan maklumat dari kawasan sekitar untuk mengenal pasti sama ada pihak terkesan akibat letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aktiviti itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah jawatankuasa perancangan operasi dan pengurusan risiko bencana letupan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pada 27 Februari lepas, sebutir bom lama sepanjang 120 sentimeter dengan berat 250 kilogram ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan pembinaan itu pada pukul 1.30 tengah hari sebelum bom itu dimusnahkan.

 

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …