PEKERJA BEBAS DIDAKWA MENIPU LEBIH RM200,000 SELESAI KES PEKERJA ASING

Seorang pekerja bebas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menipu membabitkan nilai lebih RM200,000 bagi menyelesaikan kes melibatkan pekerja asing tahun lalu. Tertuduh Muhammad Syaqirin Saiful, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menipu seorang lelaki berusia 34 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran sebanyak RM245,500 atas tawaran penyelesaian dengan pihak Imigresen bagi kes melibatkan pekerja asing sedangkan dalam pengetahuan tertuduh tidak melakukan kerja tersebut. Ia telah mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut kepada tertuduh yang mana tertuduh tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan berkenaan dilakukan antara 8 Jun 2024 hingga 26 Julai 2024 di sebuah premis di Jalan S2 B21, Pusat Dagangan Seremban 2. Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda. Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dan sebutan semula kes 17 Mac ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …