MANGSA BANJIR DITEMPATKAN DI PPS MENURUN

PINDAH: Mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke PPS.

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini menurun dengan jumlah seramai 976 orang daripada 301 keluarga setakat jam 2 petang hari ini berbanding 989 orang daripada 305 keluarga pada jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, PPS Dewan Masyarajkat Tambunan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

Tindakan penutupan itu dijalankan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.

Seramai 538 orang daripada 177 keluarga ditempatkan di dua PPS di Beaufort iaitu Dewan Selagon dan Dewan Bisaya manakala daerah Membakut yang mula dilanda banjir petang semalam menempatkan 160 mangsa daripada 53 keluarga di satu PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut.

Di Daerah Kinabatangan, seramai 278 orang daripada 71 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukan dan SK Bukit Garam.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …