OPERASI SANITASI AWAM @ KUALA LUMPUR

 

KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2020 (SABTU) – Sekitar Operasi Sanitasi Awam C-19 (nyahkuman) yang telah dilaksanakan pagi tadi di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Kawasan liputan operasi adalah kawasan-kawasan dalam lingkungan (radius) Dataran Merdeka, Jalan TAR, Jalan Bukit Nenas, Jalan Petaling, Jalan Ampang, Jalan Melayu, Jalan Bonus, Jalan Masjid India dan Pasar Seni. Turut dilaksanakan proses nyahkuman ini adalah TASKA DBKL yang terletak di aras 2 Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

Tumpuan utama operasi adalah kawasan gunasama dan tumpuan awam

Operasi ini turut disertai bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL.

YBhg. Datuk Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut turun padang meninjau aktiviti operasi yang dilaksanakan. Operasi ini akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Orang awam diminta memberikan kerjasama tatkala operasi dilaksanakan kerana proses nyahkuman ini dilaksanakan dalam tempoh PKPB di mana pergerakan awam masih berlaku walaupun dengan SOP yang diperketatkan.

 

#SayangiKualaLumpur

#welovekualalumpur

#kualalumpurkitapunya

#klwbc2020

#WilayahPrihatin

#KawalanKendiri

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …

Dominasi Spesies Ikan Asing di Perairan Negara

Ekosistem perairan darat Malaysia kini berhadapan dengan gangguan ekologi yang kritikal susulan pencerobohan dan dominasi spesies ikan pemangsa asing. Kelaziman …