PAHANG, UAE METERAI MOU LINDUNGI HARIMAU MALAYA

KUANTAN: Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan menjalin kerjasama strategik bagi melindungi Harimau Malaya yang populasinya semakin kritikal pada masa ini.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bertitah projek itu akan dilaksanakan di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah yang juga kawasan perlindungan haiwan liar berkenaan dengan keluasan 1,340 kilometer persegi dan terletak bersebelahan Taman Negara Pahang.

Baginda bertitah projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu akan memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.

Keberangkatan Tengku Hassanal turut diiringi Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed yang turut hadir menyaksikan majlis perjanjian itu.

Antara keutamaan projek itu adalah menangani ancaman utama seperti pemburuan haram, kerosakan habitat sekali gus mengatasi isu kemerosotan populasi Harimau Malaya yang kini berada di ambang kepupusan.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut