IMIGRESEN SERBU KILANG UPAH WARGA ASING, 56 DITAHAN

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menyerbu kilang kayu serta kilang plastik di Semenyih dan Balakong, Selangor yang menggaji pekerja asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata serbuan itu dilakukan pasukan operasi pada 13 Januari lalu berdasarkan maklumat awam dan risikan.

Beliau berkata seramai 82 warga asing serta tujuh rakyat tempatan telah diperiksa.

“Seramai 56 warga asing terdiri tiga lelaki dan empat wanita warga Indonesia serta 27 lelaki dan 11 perempuan rakyat Myanmar telah ditahan. Turut ditahan lima lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh, empat wanita rakyat Thailand dan seorang lelaki warga China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semasa serbuan, terdapat pekerja warga asing cuba melarikan diri serta bersembunyi di dalam kawasan kilang yang dipenuhi timbunan kayu.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Zakaria berkata sebanyak lima saman turut dikeluarkan kepada rakyat tempatan untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …