BANTUAN SARA, BAP USAHA EFEKTIF KERAJAAN RINGANKAN BEBAN RAKYAT

SUMBANGAN: Suryady (tengah) ketika menyampaikan sumbangan televisyen kepada guru sekolah yang terlibat.

TAWAU: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) dilihat usaha kerajaan paling efektif dalam membantu rakyat berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata penyaluran SARA yang telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak tahun ini adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada semua rakyatnya tanpa terkecuali.

Katanya, ia juga adalah satu mekanisme bagi memastikan golongan berpendapatan rendah menerima manfaat daripada pendapatan negara yang semakin meningkat dalam bentuk makanan asas.

“Rakyat yang layak mendapat bantuan SARA ini boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar di seluruh negara.

“Saya mengharapkan bantuan ini dapat meringankan dan membantu golongan sasar dalam menghadapi ekonomi semasa yang semakin mencabar,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada tujuh buah sekolah, persatuan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), di sini semalam.

Menurutnya, inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid sekolah rendah hingga menengah juga dapat meringankan beban rakyat.

“Saya difahamkan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Justeru, saya melihat Inisiatif BAP dapat membantu serba sedikit perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” katanya.

PRIHATIN: Suryady turut menyampaikan papan tanda kepada pengerusi KRT di Parlimen Kalabakan.

Sementara itu, Suryady berkata, sumbangan yang diberikan ini adalah berbentuk televisyen, penghawa dingin dan papan tanda yang dianggarkan lebih RM20,000.

Katanya, ia adalah sumbangan berterusan dilakukan oleh Parlimen Kalabakan berpandukan permohonan yang telah diterima.

“Kami di Parlimen Kalabakan akan cuba membantu menyediakan kemudahan sekolah-sekolah terutamanya di kawasan luar bandar supaya sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

“Saya berharap pihak kerajaan terus mengambil perhatian terhadap kemudahan di sekolah luar bandar seiring dengan pertambahan murid setiap tahun,” katanya.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Batu, Datuk Saharuddin Salleh dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut