CUBAAN SELUDUP 1,300 LITER MINYAK PETROL GAGAL

RAMPAS: Semua barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 1,300 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran di perairan Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini, pada Ahad.

Semua rampasan itu dilakukan oleh anggota bot ronda PPM Tawau menerusi OP Taring Gelora di perairan berkenaan, kira-kira jam 9.15 pagi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Mohd Nazri Ibrahim berkata, sebelum itu pihaknya mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dari CIQ Lama menuju Pulau Sebatik.

Katanya, bot ronda PPM cuba memintas untuk membuat pemeriksaan namun gagal apabila juragan bot laju terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Bot laju berkenaan bertindak berpatah balik dan merapat semula ke Jeti CIQ Lama, sebelum berjaya melarikan diri naik ke daratan di kawasan pasar Tawau.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek, berjaya menemukan 45 tong jerikin berisi minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, rampasan minyak petrol berserta bot laju dan enjin yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM82,767 dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

“Semua rampasan itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …