MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION

Bandaraya Melaka – Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini terus diyakini pelabur  domestik dan asing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pencapaian tersebut merupakan satu langkah positif bagi menggapai kemajuan yang lebih besar untuk negeri bersejarah ini.

“Alhamdulillah, sehingga September 2024, Negeri Melaka mencatatkan nilai pelaburan memberangsangkan iaitu sebanyak RM5 bilion, RM0.8 bilion daripada pelaburan asing dan 4.2 bilion ringgit daripada pelaburan domestik.

“Pencapaian ini, adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan kerana secara tidak langsung mempamerkan keyakinan pelabur asing terhadap potensi ekonomi dan pembangunan Negeri Melaka.

“Dalam tidak sedar, pencapaian ini juga merupakan satu langkah positif yang dapat memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan untuk terus berusaha dan memperkukuh kerjasama untuk mencapai kemajuan yang lebih besar untuk Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Kumpulan Perbadanan Melaka (MCORP) di sebuah hotel di sini, malam ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta wakil-wakil pengurusan kumpulan syarikat di bawah MCORP.

Ab Rauf yang juga Pengerusi MCORP turut menyarankan MCORP agar terus mempromosi pelaburan bagi menarik lebih banyak kemasukan pelabur domestik dan asing ke negeri ini.

“Bergerak ke hadapan, saya melihat pelbagai usaha perlu terus diperkasa bagi menarik minat pelabur misalnya, melibatkan lebih banyak sektor pelancongan.

“Untuk itu, saya menyarankan agar MCORP terus optimis mempergiat promosi pelaburan, sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif bagi menarik lebih banyak pelabur masuk ke Negeri Melaka,” katanya.

Sementara itu, seramai 151 warga kerja MCORP termasuk 11 kumpulan syarikat MCORP telah diraikan pada majlis tersebut.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …