WARGA EMAS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA TERKUNCI

MENINGGAL DUNIA: Pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam sebuah kenderaan berhampiran kawasan Taman Sinar Jalan Bukit Temasu, Luyang di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa yang berumur 69 tahun  itu ditemukan dalam kereta yang masih hidup enjin di tepi jalan.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.03 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta terkunci dan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar diri.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terbabit dengan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan dan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.22 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …