66 KARTON MINUMAN KERAS TANPA CUKAI DIRAMPAS

RAMPAS: Minuman keras tanpa cukai yang dirampas dalam kejadian berkenaan.

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 66 karton minuman keras pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai di perairan Pulau Burung, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, sekumpulan penyeludup bertindak membuang minuman keras berkenaan ke laut selepas menyedari kehadiran anggota PPM.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan pergerakan sebuah bot yang mencurigakan dari arah laut Kiansam menuju ke arah laut Teluk Brunei.

Katanya, bot ronda PPM Labuan bergerak menuju ke arah bot berkenaan bagi tujuan pemeriksaan namun bot itu bertindak memecut laju ke arah laut Teluk Brunei sambil membuang sesuatu ke dalam laut.

“Bot ronda PPM Labuan terus mengejar sambil mengelak objek yang dibuang ke laut hingga bot penyeludupan bergerak semakin laju dan jauh.

“Seterusnya pemeriksaan semula terhadap objek yang dibuang didapati beberapa bungkusan minuman keras yang disyaki belum bercukai dan cuba diseludup keluar ke perairan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 66 karton minuman keras pelbagai jenama telah ditemui terapung dan dirampas untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan minuman keras itu berjumlah RM10,704.38 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan sekiranya didapati tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelaku,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …