PGA RAMPAS ROKOK BERNILAI RM165 RIBU DI KELANTAN

Pada 27 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan penyeludupan rokok di Kampung Paloh, Tumpat dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan.

Rampasan dibuat selepas pihak berkuasa mengesan sebuah kenderaan Proton Exora yang mencurigakan pada 1.30 pagi.

Suspek melarikan diri setelah kenderaan terbabas, meninggalkan lebih 150,000 batang rokok putih jenama SAAT yang dianggarkan bernilai RM165,000.00.

Kenderaan tersebut juga dirampas yang dianggarkan bernilai RM35,000.00.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …