PEKEBUN RUGI RM120,000 AKIBAT SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

KUANTAN: Seorang pekebun berusia 51 tahun di Jerantut mengalami kerugian RM120,000 terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang dikenali ‘moomoo’ melalui Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki itu berminat menyertai satu skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan pada 6 November lalu.

Katanya, suspek menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus dan selebihnya 20 peratus adalah milik syarikat.

“Mangsa membuat tiga transaksi kepada tiga akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM120,000.

“Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada simpanan mangsa. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.mp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

sumber: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …