JUMLAH MANGSA BANJIR TAHUN INI TERTINGGI SELEPAS BANJIR BESAR 2014 – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa jumlah mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang direkodkan sejak 5 November lalu adalah 235,706 orang, melibatkan 68,868 keluarga di sembilan negeri, menjadikannya yang tertinggi sejak banjir besar MTL 2014/2015.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan gelombang kedua banjir, khususnya di negeri yang baru-baru ini terjejas, walaupun keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu mulai surut.

Namun, beberapa kawasan di Johor dan Pahang menunjukkan trend peningkatan.

Setakat 6 pagi tadi, 65,991 mangsa daripada 19,969 keluarga ditempatkan di 220 pusat pemindahan sementara.

Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Skuad Ihsan Madani yang terdiri daripada sukarelawan penjawat awam, untuk membantu fasa pemulihan pasca-bencana.

Skuad ini akan diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama NADMA, APM dan Jabatan Perdana Menteri.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …