JPS, TNB BUKA ‘WAR ROOM’ PANTAU SITUASI BANJIR DAN BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS – FADILLAH

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mewujudkan ‘war room’ bagi memantau keadaan banjir di seluruh negara, selain merangka tindakan penyelesaian segera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata jabatan dan syarikat tenaga itu juga berada ditahap siap siaga tinggi untuk mengawal selia banjir termenung ekoran situasi banjir yang sudah menjejaskan beberapa negeri.

“Selepas banjir biasanya akan ada banjir termenung. Jadi apa yang kita (JPS) kena sediakan adalah (membekalkan) peralatan pam dan sebagainya.

“TNB pula untuk pastikan bekalan elektrik tidak terputus dan sentiasa terjaga supaya tiada bekalan yang putus.

“JPS dan TNB juga sudah tubuhkan war room (beroperasi) sepanjang masa untuk mereka pastikan bekalan elektrik dan pemantauan paras air,” katanya ditemui media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Global I-Nation2024, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pemantauan rapi oleh agensi di bawahnya juga sudah dipertingkat, termasuk bagi menghadapi kemungkinan berlaku air pasang besar esok.

“Seperti disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) hari ini, jumlah mangsa terjejas (banjir) sudah mencecah 150,000. Kita memantau rapi apatah lagi esok (dijangka) air pasang besar,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, sudah tiba masa rakyat dan negara menumpu usaha untuk meningkatkan kefahaman mengenai aspek kemampanan terutama yang berkait alam sekitar.

“Negara kita akan berdepan dengan banjir, angin ribut yang kuat, jadi bagaimana kita semua dapat mainkan peranan (untuk kurangkan impak bencana ini). Jadi kita kena pastikan kemampanan negara kita, supaya keselamatan rakyat juga dapat dijaga.

“Menggunakan sains, kita dapat buat jangkaan dan dengan jangkaan itu kita dapat perkenal langkah bagi mengurangkan bencana serta menyiapsiagakan rakyat kita untuk berdepan bencana,” katanya.

Setakat jam 2.30 petang, seramai 122,040 orang daripada 36,500 keluarga yang terjejas banjir masih ditempatkan di 527 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 150,474 yang direkodkan pagi semalam, dengan negeri masih dilanda banjir adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Perak, Pahang dan Melaka.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …