HARI INOVASI MELAKA PADA 5 DISEMBER

Ayer Keroh – Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM akan menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka 2024.

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM dalam satu kenyataan memaklumkan Hari Inovasi Negeri Melaka 2024 itu akan dianjurkan pada 5 Disember depan, bertempat di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Menurut kenyataan itu, program tersebut bakal menghimpunkan produk dan inovasi masyarakat Negeri Melaka dan seterusnya membuka peluang penglibatan masyarakat secara holistik dan strategik.

“Penyertaan dibuka kepada semua staf atau pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, individu serta pelajar sekolah.

“Pelbagai kategori akan dipertandingkan termasuklah alam sekitar dan tenaga boleh baharu; teknologi pembuatan; mesin, automotif; elektrik dan elektronik; sains sosial serta pelbagai lagi.

“Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 November menerusi pautan https://shorturl.at/BENe5 dan penyertaan adalah percuma,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, setiap penyertaan juga akan menerima medal dan sijil anugerah.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI UNTUK TEMPOH YANG LAMA

Bercuti panjang sempena musim perayaan atau cuti sekolah memang dinantikan. Namun, rumah yang kosong dalam tempoh lama boleh menjadi sasaran …

KESILAPAN KOMUNIKASI BOLEH MEROSAKKAN PERSAHABATAN

 Komunikasi yang baik merupakan asas penting dalam membina dan mengekalkan hubungan persahabatan. Namun, kesilapan dalam berkomunikasi boleh menimbulkan salah faham, …

STRES BUKAN ALASAN UNTUK MENGAMBIL DADAH

Tekanan atau stres tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengambil dadah sebagai jalan mudah bagi mendapatkan ketenangan sementara. Penggunaan dadah bagi …