IBU MAUT, ANAK PARAH DIREMPUH KERETA API SEMASA MELINTAS LANDASAN

OPERASI: Pasukan bomba berada di lokasi untuk melaksanakan operasi bantuan.

KOTA KINABALU: Seorang ibu maut manakala anaknya parah selepas dirempuh kereta api semasa melintas landasan di Landasan Kereta Api berhadapan Kampung Petagas, Putatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata kejadian jam 1.55 petang itu membabitkan mangsa berumur 41 tahun dan anak lelakinya berumur 11 tahun.

“Kedua-dua mangsa dirempuh ketika sedang melintas di landasan oleh kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.

“Impak kejadian menyebabkan mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak lelaki terbabit mengalami kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …