MELAKA TARIK DARJAH KEBESARAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH

Ayer Keroh – Kerajaan Melaka menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH) Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad menerusi satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka, mengarahkan penarikan semula Darjah DPSM berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, sehubungan itu nama Nasiruddin yang menerima anugerah berkenaan pada 25 Ogos 2024 dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024.

“Penarikan balik Darjah Kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.

“Oleh yang demikian, beliau tidak dibenarkan menggunapakai gelaran tersebut dan dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Melaka,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …