MAIM BERI PELUANG ASNAF JANA PENDAPATAN TAMBAHAN

Ayer Keroh – Bukan hanya menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada asnaf sebaliknya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut membuka peluang kepada golongan itu menjana pendapatan tambahan sebagai sukarelawan MAIM.

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, sebagai sukarelawan asnaf akan menerima elaun bulanan sebanyak RM520 dan pada masa yang sama turut dibantu untuk mendapatkan pekerjaan.

Katanya, menerusi inisiatif itu Sukarelawan akan ditempatkan di surau, masjid atau premis seliaan MAIM dengan masa bertugas yang fleksibel.

“Masa bertugas yang fleksibel ini membolehkan sukarelawan menguruskan keluarga masing-masing. Mungkin dalam kalangan sukarelawan ini mempunyai ahli keluarga memerlukan perhatian seperti pesakit terlantar.

“Tujuan kita adalah untuk membantu penerima bantuan ini menjana sumber pendapatan sampingan dan meringankan beban ditanggung,” katanya.

Menurutnya, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membantu golongan memerlukan khususnya asnaf, MAIM sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Ada dalam kalangan asnaf ini sebenarnya mahu bekerja namun berdepan kekangan masa, menerusi Program ini mereka hanya bekerja sekitar empat jam sahaja setiap hari.

“Kita bukan hanya memberi sumbangan sahaja tetapi penerima juga turut dapat menyumbang tenaga, ia seperti serampang dua mata,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …