CARETON@PUTRAJAYA

Projek Careton merupakan satu inisiatif Bandar Hijau Putrajaya yang terkini. Ianya merupakan projek pengumpulan air kotak minuman terpakai (UBC) untuk dikitar semula kepada bahan binaan mesra alam – papan polyAI & bumbung.
Careton diperkenalkan oleh Syarikat Tetra Pak Malaysia dan Nestle Milo UHT. Selaras dengan konsep ‘low carbon circular economy‘, PPj telah mula menyertai projek ini sejak awal tahun 2020.
Pelbagai aktiviti telah dilanjutkan di bawah Careton@Putrajaya seperti :
  • Penambahan kemudahan bin pengumpulan UBC di Kafeteria Kompleks PPj, Anjung Bestari Blok, Pangsapuri Fasa 4B, Pre 8 dan Blok A Pangsapuri 14-7.
  • Projek MyLaman bersama komuniti Kebun Kejiranan 4 (KK4) untuk menghasilkan produk baru menggunakan papan polyAI dan bumbung.
  • Latihan upcycling Kotak Air Minuman Bersama Komuniti, PerWEP dan ProcJaya.

‘PUTRAJAYA GREEN CITY 2025’

#PutrajayaGreenCity2025

#sayangibumikita

Sumber: FB Bandar Hijau PPj dan FB Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …