PGA KELANTAN RAMPAS RM3.2 JUTA DADAH JENIS PIL YABA

Pada 2 November 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, melalui Op Taring SKY.

Rampasan dilakukan sekitar jam 10 malam setelah anggota PGA mengesan dua lelaki mencurigakan di tepi sungai.

Namun suspek telah melarikan diri sebelum pasukan tiba.

Pemeriksaan mendapati 216,000 pil Yaba dengan anggaran berat lebih 25kg dan nilai rampasan sekitar RM3,240,000 ditemui.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat.

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …