𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗧π—₯𝗔𝗑𝗦𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ π—£π—˜π— π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”π—”π—‘ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ π— π—”π——π—”π—‘π—œ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Klinik Pergigian Kubang Semang telah dijemput oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Tanah Liat Mukim 9/Kampung Tok Elong untuk mengadakan aktiviti promosi kesihatan pergigian bertempat di Dewan Terbuka SK Tanah Liat.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk dengan pelbagai agensi juga turut mengambil peluang menyediakan pameran bagi berkongsi informasi dan perkhidmatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan adalah seperti berikut:-
🦷Pameran Kesihatan Pergigian
🦷Permainan Interaktif
🦷Latihan Memberus Gigi
🦷Nasihat Pergigian
🦷Pemeriksaan pergigian
Sumber : Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/gigipenang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …