SPRM SABAH TAHAN PESARA KERAJAAN MINTA, TERIMA RASUAH RM16,000

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pesara kerajaan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM16,000 untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah di daerah ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 10.30 pagi Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM cawangan Tawau.

β€œBerdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah seluas 12 ekar yang terletak di daerah Tawau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau esok bagi proses pertuduhan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:Β  Utusan Boreno Online

Β 

Artikel/Berita Terkini

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut