TRANSIT KELAPA DALAM STOR HARAM SEBELUM SELUDUP KE THAILAND GUNA PERAHU

Penyeludup menggunakan lori atau treler untuk membawa kelapa ke stor haram di tepi Sungai Golok sebelum diseludup ke Thailand dengan perahu secara berperingkat.

Modus operandi ini dikesan oleh pihak berkuasa apabila Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 41,000 kilogram kelapa bernilai RM205,000 dalam Op Taring Wawasan pada 12 Oktober 2024 lalu.

Rampasan dilakukan di Sekatan Jalan Raya Neting Pengkalan Kubor, Kelantan di mana kelapa tersebut ditemui tanpa dokumen sah.

Siasatan menunjukkan bahawa kegiatan penyeludupan ini aktif di Pengkalan Kubor, menggunakan stor haram di kawasan Pulau Ular hingga Nibong.

Sepanjang tahun ini, lebih 200 tan kelapa dengan nilai melebihi RM1 juta telah dirampas. PGA berkomitmen untuk terus membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan negara.

 

Sumber: Harian Metro, Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …