POLIS TAHAN SUSPEK KES SAMUN GUNA SENJATA TAJAM

SUSPEK: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki suspek kes samun guna senjata tajam.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun menggunakan senjata tajam di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai satu kejadian kes samun bersenjata di daerah ini.

Katanya, mangsa yang berseorangan telah didatangi oleh lelaki tidak dikenali dan mengugut menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, suspek terbabit kemudian mengajukan sebilah pisau ke arah mangsa sebelum memaksa untuk menyerahkan barang-barang berharga miliknya.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa menyerahkan wang dan telefon bimbit kepada suspek. Selepas kejadian itu mangsa kemudian membuat laporan polis.

“Susulan kejadian dan laporan yang dibuat oleh mangsa, sepasukan polis menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jasmin berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis turut merampas sebilah pisau beserta sarung dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

“Semakan juga mendapati, suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah mencederakan, mencuri, narkotik dan judi.

“Siasatan masih diteruskan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …