EMPAT DITAHAN DISYAKI CURI BARANG KEMAS RM45,000

CURI: Antara suspek kes curi barang kemas yang ditahan pasukan polis.

TAWAU: Empat individu termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki mencuri barang kemas milik seorang lelaki bernilai RM45,000 di Jalan OKK Abu Bakar, di sini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 28 hingga 42 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

“Laporan itu memaklumkan bahawa barang kemas yang diletakkan di dalam keretanya hilang disyaki dicuri oleh individu yang tidak dikenali, pada 1 Oktober lalu.

“Antara barang kemas miliknya yang hilang iaitu seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan buah rantai emas dan anggaran kerugian hampir RM45,000,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan empat suspek termasuk dua wanita di Jalan Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan sekitar Hospital Tawau, dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

“Semua suspek terbabit dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …