POLIS SAHKAN VIDEO TULAR LELAKI CUBA LARIKAN DIRI SEKATAN POLIS

TULAR: Video tular yang memaparkan seorang anggota polis trafik mengejar suspek yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya.

TAWAU: Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang lelaki cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya sehingga menyebabkan anggota polis mengacukan pistol ke arah suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu berlaku semalam kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Utara berhampiran Sekolah Menengah Islamiah Tawau.

Katanya, suspek terbabit cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Saya mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat semalam oleh seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Trafik IPD Tawau.

“Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen Kanun Keseksaan dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek berusia 35 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga masih menyiasat sama ada lelaki terbabit warga asing ataupun mempunyai dokumen surat beranak.

“Soal siasat suspek masih dijalankan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular dua video berdurasi tujuh dan 14 saat yang memamparkan seorang lelaki dikejar oleh anggota polis trafik sehingga terpaksa diacukan pistol.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut