TIMBUNAN TAYAR TERBAKAR DI KAYU MADANG

KOTA KINABALU: Timbunan tayar terpakai yang dilupuskan di Pusat Pelupusan Kayu Madang, Telipok, dekat sini, terbakar hingga menghasilkan kepulan asap hitam yang tebal, petang ini.

Kebakaran yang dipercayai bermula pada kira-kira jam 3 petang itu membabitkan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar.

Berikutan kebakaran itu, sebanyak dua lori tangki bomba dengan bantuan tiga jentera bersama 22 anggota dikejarkan ke lokasi selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan 3.24 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran tayar dengan dibantu jengkaut di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok. – Foto/Merusin Minuddin – Jabatan Peneragan Sabah

Operasi memadam kebakaran itu membabitkan anggota dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas yang diketuai PBK II Norkizan Durudin selaku Komander Operasi.

Ketua BBP Tuaran, Mohd Nor Amit, berkata operasi pemadaman menggunakan satu aliran pancutan sumber air dari jentera dan lori tangki air bomba.

“Setakat lewat petang ini operasi pemadaman masih dijalankan bagi mengelak daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Lokasi kebakaran tayar terpakai di pusat pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok. – Foto/Merusin Minuddin – Jabatan Peneragan Sabah

Selain pemadaman menggunakan pancutan air, jengkaut turut digunakan untuk menimbus kawasan terbakar dengan tanah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  INFO X

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …