MAQIS KELANTAN SERAH HAMPIR 230KG AYAM SEJUK BEKU DILUCUTHAK KEPADA PENJARA MARANG

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan telah menyerahkan sekitar 226.7 kilogram ayam sejuk beku yang dilucuthak kepada Jabatan Penjara Marang, Terengganu.

Pengarah Maqis Negeri Kelantan, Syed Fuad Syed Putra menyatakan bahawa ayam tersebut disita kerana melanggar Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Ayam tersebut akan digunakan sebagai makanan ternakan ikan keli dalam Program Rehabilitasi Banduan di penjara.

Syed Fuad menegaskan bahawa Maqis akan terus menegakkan undang-undang berkaitan biosekuriti dan tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …