BOMBA SELAMAT TIGA INDIVIDU TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN DI INANAM

KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa tiga mangsa yang terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Bantayan, Inanam, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.53 pagi.

Katanya, seramai 13 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal di bahagian tangga yang sedang terbakar.

Anggota bomba menggunakan tangga bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Bantayan, Inanam terbakar, awal pagi tadi. – Foto/Bomba

“Ketika kejadian, terdapat tiga mangsa terperangkap di tingkat satu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba menggunakan tangga melalui tingkap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air dari tangki jentera.

Kebakaran di bahagian tangga rumah mangsa di Kampung Bantayan, Inanam. – Foto/Bomba

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan 3.42 pagi. “Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …