SAR DUA MANGSA DIHANYUT KEPALA AIR DITERUSKAN MASUKI HARI KETIGA

SAR: Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

KENINGAU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) membabitkan dua beradik, masing-masing kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dan bayi lelaki yang baru berumur tiga bulan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu, Sook, di sini, Selasa lalu diteruskan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Faisal Ahmad berkata, operasi yang memasuki hari ketiga itu dimulakan seawal jam 5.40 pagi.

“Operasi dijalankan dengan kaedah pencarian di kawasan permukaan membabitkan radius pencarian satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat ini mangsa belum ditemukan dan sebarang perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, berlaku hujan lebat selama beberapa jam di kawasan berkenaan sebelum arus sungai atau kepala air secara tiba-tiba mengalir dengan deras hingga melimpahi tebing dan menghanyutkan rumah kongsi, menyebabkan situasi bertukar huru-hara dan tidak terkawal kira-kira jam 5 petang.

Kedua-dua mangsa yang juga warga Indonesia itu dikatakan terlepas daripada pegangan ibu bapanya semasa mereka berada di ruang tamu rumah kongsi ladang sawit tempat bapa mangsa bekerja yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai.

Difahamkan, kejadian itu adalah yang pertama di kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, bayi memakai baju warna putih dan berseluar pendek warna merah jambu manakala kakaknya memakai baju gaun warna putih dan merah.

Ibu bapa mangsa yang turut dihanyutkan arus deras banjir mengalami kecederaan dan kini masih berada di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …