BICARA PERPADUAN: CHIT-CHAT BELIA-PERPADUAN MALAYSIA, GELORA ATAU DAMAI?

Satu program Bicara Perpaduan: Chit Chat Belia yang akan membincangkan isu-isu perpaduan Malaysia dalam konteks semasa akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 29 September 2024 (Ahad)
⏰ Masa: 8:00 pagi
🏛️ Lokasi: Dewan Bendahara, IPGM Kampus Sultan Mizan
Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Zulkifli Bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pihak JPNIN dengan kerjasama IPGM Sultan Mizan Besut membawa penampilan panel istimewa iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sivamurugan Pandian dan panel dari Majlis Keselamatan Negara, YDH CP Dato’ Haji Baharuddin Bin Hj. Ahmad (Timb. Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik)).
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam diskusi penting ini! Bersama kita memupuk Perpaduan Malaysia yang lebih kuat dan harmoni.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …