Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak), tanah liat dan air masin.
Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti “gel”) tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.
Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi.
Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:
KAWASAN YANG TERDEDAH KEPADA PASIR JERLUS |
KETERANGAN |
Air bawah tanah yang mengalir |
Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung. |
Gempa bumi |
Tarikan tanah yang bergegar boleh meningkatkan tekanan air bawah tanah yang cetek di mana pasir dan kelodak yang mencair menjadi mendap. Permukaan yang mencair tersebut hilang kekuatannya menyebabkan bangunan dan objek lain atas permukaan tersebut tenggelam atau mendap ke bawah. |
Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air, sepanjang tebing sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.
Kekerasan struktur lapisan keras tanah jerlus sangat berkait kepada dua faktor utama iaitu peratus kandungan air dan nilai ketumpatan pukal tanih. Takungan dan lopak air pada lapisan atas tanah jerlus yang disebabkan kandungan air yang tinggi menyebabkannya tanah sukar dikeringkan sehingga lapisan keras (hardpan) tidak boleh dibentuk.
Nilai ketumpatan pukal bagi tanah jerlus juga didapati rendah pada lapisan lembut dan meningkat pada lapisan yang lebih padat. Tanah jerlus mempunyai nilai kestabilan agregat yang rendah, terutama pada Plot A dan C iaitu kurang daripada 20%, oleh itu ia dianggap tanih yang tidak stabil. Hasil kajian mendapati nilai ketabilan agregat sangat dipengaruhi oleh kandungan bahan organik dalam tanah, penambahan bahan organik dapat meningkatkan proses flokulasi atau pembentukan agregat yang stabil pada tanah di kawasan kajian.
Berdasarkan pengkelasan hardpan tanah, tanah jerlus dikelaskan dalam kelas sederhana lembut yang dicirikan dengan nilai kekerasan tanah iaitu kurang daripada 0.40 MPa, Plot A dan Plot C menunjukkan nilai kekerasan tanah paling rendah iaitu 0.23 dan 0.24 MPa, diikuti oleh Plot B (0.31 MPa) dan D (0.34 MPa), pada keadaan ini penggunaan mekanisasi ladang tidak dapat dijalankan kerana struktur tanah tersebut tidak dapat menampung beban jentera yang berat.
Struktur lapisan tanah keras (hardpan) di kawasan tanah jerlus mempunyai nilai kekuatan kurang daripada 0.3 Mpa. Keadaan ini menyebabkan penggunaan mekanisasi ladang secara maksimum di sawah padi tidak dapat dijalankan kerana struktur tanah itu tidak dapat menampung beban jentera yang berat.
Untuk mengatasi masalah ini, salah satu kaedah yang telah dikenal pasti ialah kaedah penggantian tanah yang digunakan bertujuan untuk memulihkan semula lapisan hardpan yang telah rosak akibat daripada masalah air yang bertakung. Ini dilakukan bertujuan untuk menguji kaedah penggantian tanah bagi mengatasi masalah tanah jerlus.
Perlu dikorek lapisan atas tanah dan digantikan dengan tanah yang lain. Setelah dimampatkan, bacaan kekerasan hardpan diambil dari semasa ke semasa. Ini adalah cara yang amat sesuai dilakukan bagi mengkaji kekuatan struktur tanah di kawasan tanah jerlus.
https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/3536/2665