ALAMI ‘DUNIA TERBALIK’ TAMAN MINI SIGUA

Bandaraya Melaka 9 September – Tidak lengkap rasanya pengalaman menikmati suasana menelusuri Sungai Melaka sekiranya tidak berhenti untuk melawat ke satu lagi produk pelancongan terbaharu di Taman Mini Sigua.

Di sini, anda bakal merasai pengalaman seperti memasuki ke sebuah tapak pesta ria kanak-kanak yang mempunyai pelbagai tarikan menggabungkan elemen seperti robotik dan fantasi.

Antara tarikan di sini adalah Pony Horse di mana kanak-kanak boleh bermain secara santai menaiki kuda ‘poni’ sekitar tapak yang disediakan secara percuma.

Bagi ‘kaki game’ atau peminat permainan realiti maya (VR), pengunjung juga boleh mencabar diri masuk ke dalam kapsul khas iaitu VR Helicopter Simulator yang akan membawa anda mengembara ke alam imaginasi.

 

VR Helicopter Simulator antara tarikan di Taman Mini Sigua. Foto: Aufa ‘Izzati

Paling menarik adalah di Rumah Terbalik atau Upside Down House yang terbesar di Melaka kerana pengunjung boleh berswafoto dengan gaya unik membuatkan kesan visual terlihat lebih menarik.

Semua kelengkapan dalam rumah ini seperti televisyen, sofa, peti ais, meja makan, katil, tilam dan kipas dalam kedudukan terbalik.

Buat pengunjung atau pelancong yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil, inilah tempatnya untuk beriadah dan mencipta kenangan selepas menghayati keindahan Sungai Melaka.

Taman Mini Sigua yang beroperasi sejak 5 Ogos lalu ini semakin mendapat sambutan dengan anggaran tidak kurang daripada 1,000 orang pelawat setiap hujung minggu.

Produk ini anda boleh dapatkan menerusi pembelian tiket menaiki bot di Melaka River Cruise dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam dengan kadar harga bawah RM35 sahaja untuk dewasa manakala RM23 bagi kanak-kanak.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …