AMANAT SULUNG KSN BERTEMAKAN ‘REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM’ ESOK

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual menyampaikan amanat sulung dengan tema ‘Reformasi Perkhidmatan Awam’, esok

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan amanat khas itu akan disampaikan Shamsul Azri pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Tahun 2024 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya, bermula jam 2.30 petang.

“Apakah yang dimaksudkan dengan reformasi perkhidmatan awam? Sokongan seluruh pegawai awam dalam merealisasikan hala tuju reformasi perkhidmatan awam amat dihargai,” menurut hantaran itu.

Shamsul Azri adalah bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa 12 Ogos 2024, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lalu.

Pada 2 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan, berkata beliau mahu langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera dengan menjangkakan bulan ini adalah bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.

Anwar yang menyuarakan langkah segera itu pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri berkata, reformasi perkhidmatan awam perlu dicapai dengan kaedah atau prosedur yang bersesuaian dengan peredaran zaman.

Sehubungan itu Anwar memaklumkan beliau akan berbincang dengan Shamsul Azri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tentang langkah yang perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasi perkhidmatan awam.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …