KESIAPSIAGAAN KESELAMATAN KOMUNITI LAHAD DATU MELALUI PENDEKATAN CBSM

LAHAD DATU (7 September): bertempat di Saujana Putra Ballroom, MKN Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah menganjurkan Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) bersama pemimpin tempatan daerah Lahad Datu.

Program yang menghimpunkan penglibatan Ketua Kampung, pegawai UPPM dan KRT ini bertujuan memperkenalkan konsep Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama dan Comprehensive Security (COMSEC) berteraskan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025, mempersiap golongan sasar dalam membangunkan pelan tindakan kecemasan bencana di lokaliti masing-masing dan perkongsian informasi daripada golongan sasar berhubung isu semasa setempat.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah. Antara pengisian program termasuklah slot Latih Amal Pengurusan Bencana bersama APM, taklimat daripada pihak ESSCOM serta sesi santai perlawanan futsal dan bola sepak antara MKN Sabah bersama rakan strategik.

MKN Sabah berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan kerjasama rakan agensi strategik daerah merangkumi pihak ESSCOM, IPD, JBPM, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital Lahad Datu. Semoga kerjasama yang terjalin di program ini akan diteruskan demi manfaat kepada komuniti dan negara.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …