BOMBA KENAL PASTI 18 ‘HOTSPOT’ KEPALA AIR DI KELANTAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kenal pasti sebanyak 18 ‘hotspot’ yang berisiko berlaku fenomena kepala air.

Antara lokasi itu adalah Jeram Pasu di Pasir Puteh; Lata Rek, Lata Chenulang dan Air Terjun Jelawang (Kuala Krai); Lata Hujan (Tanah Merah); Lata Janggut dan Lata Kashmir (Jeli); Air Terjun Bukit Bakar (Machang) dan Jeram Pelangi Renok (Gua Musang).

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata, orang ramai diingatkan agar berhati-hati jika mengunjungi lokasi terbabit untuk beriadah memandangkan kebelakangan ini sering berlaku hujan hampir di semua daerah di Kelantan.

Dalam keadaan cuaca yang tidak baik seperti ini, kejadian kepala air boleh berlaku bila-bila masa dan ia mendatangkan kebimbangan terutama musim cuti yang akan menjelang ini.
Lokasi terbabit adalah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing, Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik, sekitar Lojing (Gua Musang), sekitar Lata Rek dan Kampung Chuchoh Puteri (Kuala Krai) dan Batu 18 Jalan Timur Barat Jeli.
Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …