PEMILIK SYARIKAT DIDENDA RM81,000 MENIPU UNTUK DAPATKAN TENDER PEMBERSIHAN

BERSALAH: Tertuduh diiring keluar sebaik menjalani prosiding di Mahkamah Sesyen Labuan, di sini.

LABUAN: Seorang pemilik syarikat didenda sebanyak RM81,000 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu bagi mendapatkan tender kerja pembersihan di sini.

Kasmina Kassim, 50, membuat pengakuan bersalah bagi tiga pertuduhan pilihan itu di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Sesyen Labuan, di sini pada Khamis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik sebuah syarikat menggunakan dan mengemukakan penyata akaun bank bagi bulan Ogos dan September 2020 kepada Jabatan Perbadanan Labuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kasmina menggunakan dokumen itu sebagai palsu untuk menipu bagi tujuan mendapatkan tender kerja perkhidmatan pembersihan kawasan perumahan di sekitar Labuan.

Selain itu, tertuduh juga menggunakan dokumen itu bagi mendapatkan tender bagi kerja menyelenggara dan membaik pulih kerosakan ruang kerja di pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai keseluruhan bagi kedua-dua tender tersebut adalah sebanyak RM331,488.

Tertuduh dituduh pada 21 September 2023 mengikut sesyen 471 Kanun Keseksaan namun membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan pada Khamis.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM27,000 bagi setiap satu kesalahan dan jika jika gagal bayar dipenjara empat bulan bagi setiap pertuduhan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …