JKNP TERIMA LAPAN AMBULANS BERNILAI RM3.64 JUTA

KUANTAN, 4 SEPTEMBER 2024 : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menerima lapan unit Ambulans Type A yang dilengkapi peralatan perubatan dan bukan perubatan dengan jumlah keseluruhan RM3.64 juta yang diagihkan kepada enam hospital seluruh Pahang.

Bagi agihan ambulans fasa 1 ini, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh masing-masing menerima dua ambulans.

Manakala Hospital Pekan, Hospital Bentong, Hospital Kuala Lipis dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands masing-masing menerima sebuah ambulans.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, agihan bagi fasa 2 akan membabitkan sebanyak 37 unit Ambulans Type B di mana 20 unit akan diserahkan pada November 2024 manakala 17 unit lagi akan diserahkan pada Julai 2025.

“InsyaaAllah dalam masa terdekat kita akan menerima lagi ambulans jenis B untuk hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh daerah di Negeri Pahang dan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan yang ada pada hari ini untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat khasnya di Pahang pada hari ini.

“Saya harap ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat Negeri Pahang yang memerlukan bantuan kerana bukan mudah kalau sakit hendak bawa (pesakit), kadang-kadang kecemasan perlu dibawa dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan lapan unit ambulans pada Sesi Penyerahan Ambulans Negeri Pahang kepada enam hospital di Perkarangan Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Hadir sama ialah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato ‘ Sri Haji Zukfifli Haji Yaacob, YB. Penasihat Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin, barisan Exco Kerajaan Pahang, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Rusdi Abd Rahman dan barisan pengarah-pengarah hospital.

Pada majlis sama, turut disampaikan Peruntukan Bagi Membiayai Kos Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Negeri Pahang kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang berjumlah RM100,000.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …