POLIS KESAN LELAKI DAN WANITA TINGGAL BAYI DI SURAU

Polis sedang mengesan seorang lelaki dan wanita berhubung kes penemuan bayi lelaki yang ditinggalkan di atas sofa sebuah surau di Nilai 3 di sini pada Rabu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, pihaknya telah pun menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan yang memaparkan dua individu dipercayai terlibat. Polis sudah pun melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menyemak rakaman CCTV surau. Hasil semakan rakaman, kami mengesan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai suspek yang meninggalkan bayi itu sebelum beredar menggunakan sebuah kenderaan yang belum di kenal pasti.  Bagaimanapun, rakaman CCTV tersebut tidak jelas menunjukkan muka suspek yang menyukarkan polis untuk mengesannya. Media sebelum ini melaporkan bayi lelaki baru lahir ditemukan orang awam di atas sofa sebuah surau di Nilai 3. Bayi yang cukup sifat dan dalam keadaan sihat itu ditemui oleh seorang jemaah di atas sofa surau seusai solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …