GURU DI PAHANG DITIPU RM1.2 JUTA

KUANTAN: Sebanyak 45 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM1.2 juta direkodkan membabitkan mangsa dalam kalangan guru di Pahang bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata ia berbanding bagi tempoh sama tahun lalu, sejumlah 61 kes membabitkan kerugian RM1.45 juta.

Katanya, berdasarkan laporan, kebanyakan penipuan yang dilakukan ialah membabitkan kes pelaburan dan pembelian barang tidak wujud serta `Macau Scam’.

“Walaupun data ini menunjukkan penurunan kes membabitkan tipu dalam kalangan guru tetapi kes seumpama ini masih belum reda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa) peringkat Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini, hari ini.

Mengulas penganjuran seminar antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yahaya berkata, seminar itu diadakan untuk memastikan guru dapat mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan daripada berleluasa.

Katanya, pada masa sama, seminar itu juga dapat bertukar pendapat sekali gus mencegah dan mengurangkan kes daripada terus berlaku.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …